Ibunya meninggal dunia pada Oktober 2013 sewaktu dia berusia 11 tahun. Ketika di darjah lima bapanya pula menyusul.

Tanpa ibu dan ayah tugas menguruskan adik-adik terletak di bahunya.

Namun atas semangat ingin berjaya, Ainul Mardiah tidak mahu melepaskan impiannya untuk berjaya dalam pendidikan.

Hasilnya calon STPM 2021 berjaya mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.50.